Keberkesanan vitamin B17 dalam merawat kanser telah dibuktikan dan dibukukan serta dirakamkan dalam bentuk VCD bertajuk “World Without Cancer”. Sebuah TV tempatan juga telah menyiarkan rancangan pendedahan mengenai penemuan dan kejayaan B17 dalam merawat penyakit kanser.
Berikut adalah fakta dari hasil kajian mereka. Perlu kita fahami bahawa tubuh badan kita memerlukan beberapa enzim bagi tubuh melaksanakan tugasan mereka. Salah satu enzim yang berfungsi untuk menghalau toksin dalam badan dikenali sebagai Rhodanese, boleh di jumpai dalam kuantiti yang banyak di seluruh badan kita kecuali pada bahagian yang ada sel-sel kanser.
Seterusnya badan kita mempunyai enzim yang di namakan Beta-Glucosidase dapat di perolehi dengan banyaknya pada setiap sel kanser. Beta-Glucosidase hanya berada pada sel kanser sahaja. Pada sel badan yang tidak ada sel kanser tidak terdapat enzim ini.
B17 boleh diperolehi dari beberapa sumber seperti biji epal, biji cheri, biji anggur dan beberapa biji buah-buahan yang lain, namun biji aprikot mempuinyai kandungan B17 yang paling banyak. Vitamin B17 terdiri dari ikatan 4 komponen (molekul) iaitu 2 molekul glukos (gula), 1 molekul Hydrogen Cyanide dan 1 molekul Benzaldehyde (pelali penahan sakit semulajadi).
Bagaimana B17 Membunuh Sel Kanser
Apabila B17 memasuki badan pesakit kanser , sel-sel kanser akan tertarik kepada 2 komponen glukos dari B17 kerana sel kanser memakan glukos (gula). Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya. Apabila B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, ikatan molekul glukos, Hydrogen Cyanide dan Benzaldehyde tadi akan terungkai menyebabkan satu tindak balas kimia akan berlaku disini iaitu pembentukan Hidrogen Cyanide (HCN) bergabung dengan Benzaldehyde. Pembentukan Hydrogen Cyanide ini (iaitu sejenis racun) berlaku hanya apabila terdapat enzim Beta Glucosidase. Kedua-dua Hydrogen Cyanide dan Benzaldehyde ini adalah racun bagi sel kanser dan terungkainya iktan 4 molekul ini membolehkan Hydrogen Cyanide dan Benzaldehyde bergabung. Berdasarkan kajian terkini yang dibuat, diantara kedua-dua jenis racun ini, Benzaldehyde sebenarnya menjadi pembunuh utama sel kanser berbanding Hydrogen Cyanide.
Gabungan ini akan menghasilkan satu bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser. Sel-sel kanser yang mati boleh dilihat keluar melalui air kencing. Proses ini biasanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja. Keseluruhan proses ini disebut sebagai “selective toxicity” atau keracunan terpilih. Hanya sel-sel kanser sahaja di sasarkan untuk di musnahkan dan sel-sel sihat tidak sama sekali terjejas. Apabila B17 menyerang sel-sel kanser, ianya bertukar menjadi satu silicate (seperti aspirin) yang berfungsi sebagai penahan sakit.
Apabila B17 memasuki badan manusia dan bertemu dengan sel-sel normal, ikatan 4 molekul tadi akan dipecahkan oleh enzim Rhodanese. Enzim Rhodanese akan memecahkan Cyanide (CN) dan Benzaldehyde kepada 2 bahagian, Thiocyanate dan Benzoic acid iaitu enzim yang sangat diperlukan oleh sel-sel sihat untuk menjalankan proses metabolisme. Proses metabolisme enzim tersebut menghasilkan vitamin B12. Kedua-dua bahagian glukos dari B17 pula akan bertindak sebagai pembekal tenaga tambahan kepada sel-sel sihat.
Lebihan dari proses metabolisme tersebut akan di keluarkan oleh sistem pembuangan kita. Vitamin B17 yang berada dalam tubuh kita tidak akan bertahan melebihi 80 minit dan ia harus diganti dengan pengambilan B17 dari biji aprikot yang baru. Pengambilan biji aprikot setiap 4 jam adalah untuk memaksimakan kesan rawatan B17 mengikut kadar sistem penghadaman badan iaitu setiap 4 jam dan bagi mengekalkan Vitamin B17 sentiasa berada dalam badan kita.
Banyak kekeliruan yang ditimbulkan terutamanya oleh perubatan moden berasaskan dadah yang cuba menonjolkan Hydrogen Cyanide (HCN) dalam komponen B17 itu sebagai racun dan dianggap merbahaya. Perlu difahami bahawa sebenarnya biji aprikot tidak mengandungi racun atau bahan seumpamanya yang merbahaya. Cyanide yang dikatakan racun itu tidak akan menjadi bahaya sekiranya tidak terbentuk sebagai Hydrogen Cyanide (HCN) dan Hydrogen Cyanide ini hanya akan terbentuk apabila Cyanide (CN) bertemu dengan sel kanser (enzim Beta-Glucosidase). Biji aprikot yang kaya dengan vitamin B17, apabila bertembung dengan sel kanser di dalam badan akan bertindakbalas dengan menghasilkan Hyrogen Cyanide. Perbezaan diantara Cyanide Radicals dan Hydrogen Cyanide inilah yang selalu dikelirukan oleh pihak-pihak yang cuba menghalang penggunaan B17 dalam rawatan kanser. Cyanide yang terdapat dalam B17 adalah sama dengan cyanide yang terdapat pada vitamin B12 dan juga buah-buahan seperti strawberi, bluberi dan blackberi. Kita tidak pernah mendengar sesiapa pun mendapat keracunan akibat mengambil vitamin B12 atau buah strawberi.
Mana-mana cyanide yang terbaki dari tindakbalas semulajadi diantara vitamin B17 (free radicals) dan sel kanser itu akan bergabung dengan sulphur dan dineutralkan oleh hati. Oleh yang demikian, kita tidak perlu bimbang tentang cyanide ini kerana ianya tidak merbahaya sama sekali. Malah cyanide ini tidak akan merosakkan mana-mana sel yang baik di dalam tubuh kita.
Jadikan amalan memakan biji aprikot sebagai amalan harian kita bagi melengkapkan keperluan nutrisi badan. bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit kanser, amalkan memakan 4 biji aprikot setiap jam atau tidak melebihi 30 biji sehari.
Bagi pengidap kanser pula, lebih banyak B17 diperlukan. Ini kerana apabila B17 memasuki badan, beberapa bahagian B17 akan bertemu dengan sel-sel sihat yang sekaligus menukarkannya Thiocyanate dan Benzoic. Walaupun terhasilnya B12 ini baik untuk badan namun ianya gagal membunuh sel kanser. Kebarangkalian B17 bertemu dengan sel-sel normal dahulu sebelum el-sel kanser adalah tinggi. Oleh itu dengan membekalkan B17 dalam kuantiti yang banyak akan memastikan sebahagian dari B17 sempat bertemu dan membunuh sel-sel kanser. Amalkan pengambilan 8 biji setiap 4 jam atau sekitar 50 - 70 biji sehari. Perlu diingatkan bahawa diperingkat permulaan pengambilan biji aprikot ini, kadang-kadang berlaku tindakbalas penerimaan badan atau dikenali sebagai 'healing crisis' di mana sistem badan dikejutkan dengan kehadiran vitamin B17 dan berkemungkinan berlaku beberapa simptom tindakbalas seperti sakit tekak, mual, rasa seperti demam, panas badan. Keadaan ini mungkin akan berterusan sehingga 1 hingga 2 minggu sebelum keadaan menjadi stabil. Bagi yang mengalami simptom seperti ini terutamanya pesakit kanser, jangan hentikan pengambilan biji aprikot cuma kurangkan jumlah yang diambil tetapi dekatkan jarak pengambilannya sehingga badan menjadi agak stabil dan naikkan ke jumlah yang disarankan.
Dengan usaha kita memakan biji aprikot (atau kapsul biji aprikot) disertakan doa agar usaha kita mendapat keberkatan dan pertolongan Allah, in-shaa Allah kita akan dijauhi dan disembuhkan dari penyakit kanser.
Beberapa khasiat lain biji aprikot adalah berupaya (dengan izin Allah) mampu menyembuhkan penyakit berikut:
- kencing manis
- darah tinggi
- gout
- asma/lelah
- parkinson
- kolestrol tinggi
- berat badan berlebihan (obesiti)
- masalah mental dan lemah ingatan
- kitaran haid yang tidak stabil atau keputihan
- migrain
- buasir
- senggugut
- batu karang
- sakit sendi
- masalah kulit dan alahan
- jerawat dan tompok hitam
- resdung
- kulit kasar