Friday, 18 January 2013

Kanser dan Rawatan Alternatif

Apabila anda disahkan mempunyai kanser oleh pakar kanser (oncologist), HANYA rawatan-rawatan ini yang akan dicadangkan iaitu pembedahan (surgery), kimoterapi (chemotherapy) dan/atau radiasi (radiation). Apabila disahkan ada ketumbuhan (tumor) doktor akan cuba potong atau buang melalui pembedahan (surgery). Selepas dipotong dan dibuang, akan dicadangkan pula kimo untuk membunuh saki baki sel-sel kanser menggunakan racun (dadah toksik). kemudian akan disudahi dengan radiasi (radiation) iaitu membakar apa-apa sel kanser yang masih tinggal. kita namakan tiga protokol sebagai PRB iaitu Potong, Racun dan Bakar. Malangnya untuk pesakit kanser, rawatan PRB ini sesuatu yang hampir tak berguna (pathethic) dan kebanyakannya pesakit mati bukan kerana kanser tetapi kerana rawatan itu sendiri. Sebelum sel kanser mati, pesakit sudahpun terbunuh.

Jika anda merupakan salah seorang pingidap kanser, jangan panik dan jangan terperangkap dengan satu-satunya 'nasihat pakar' dari doktor yang anda temui. Buat kajian sendiri, jika anda berusaha mencari maklumat-maklumat lain (sememangnya terlalu banyak diperpustakaan maya) anda akan dapati masih banyak ruang untuk anda mendapat rawatan yang jauh lebih baik, jauh lebih berkesan, jauh lebih selamat, jauh lebih murah dari apa yang dicadangkan oleh doktor-doktor peruabatan moden. Ruang untuk mendapatkan rawatan yang jauh lebih baik terlalu luas, cuma anda perlu berusaha lebih sikit untuk mendapatkan maklumat tersebut. Apa yang dipaparkan disini adalah sebahagian sahaja dari rawatan-rawatan alternatif secara semulajadi menggunakan bahan-baha semulajadi yang selamat dari sebarang bentuk racun, toksik atau kimia bertoksik. kenali penyakit anda dan puncanya, fahami konsep rawatan yang dipaparkan. In-sya Allah usaha disertai dengan doa kepada Allah akan membuahkan hasil yang para doktor akan terkejut, tidak percaya dan seoalah-olah ajaib.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, rawatan-rawatan alternatif ini yang menggunakan bahan semulajadi ini, yang jauh lebih berkesan dari dadah yang diberi, amat dibenci oleh pengeluar-pengeluar ubat berasaskan dadah yang berlesen. Industri perubatan moden adalah industri untuk mengaut keuntungan berbilion ringgit tanpa melihat unsur kemanusian. Mereka sanggup mengeluarkan jutaan ringgit untuk mencipta dadah sintetik untuk merawat kanser demi memerangkap pesakit untuk terus bergantung harap kepada mereka.