Beijing Te Zhi Bai Feng Wan atau lebih dikenali dengan nama Herba Maharani,adalah merupakan antara khazanah perubatan dan amalan kesihatan tertua khusus untuk wanita. Ramuan khasnya telah menyerlahkan kehebatan dan ketrampilan wanita sehingga kini. Herba Maharani masih tetap menjadi pilihan utama dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita di Malaysia.
Ramuan Utama:
- Gallus Gallus Domesticus (Wuji / Pati Ayam Hitam)
- Cornu Cervus Nippon (Tanduk Rusa)
- Concha Ostrea Gigas (kulit tiram)
- Pelbagai jenis herba Cina yang bernilai seperti:-
- Radix Astragalus Membranaceus
- Radix Panax Ginseng
- Rrhizoma Cyperus Rotundus
- Radiz Angelia Sinensis
- Radix Paeonia Lactiflora
- Radix Rehmannia Glutinosa
- Rhizoma Ligusticum Chuanxiong
- Radix Salvia Miltiorrhiza
- Radix Giycyrrhiza Uralensis
Pati Ayam Hitam di dalam Herba Maharani mengandungi Carnosine anti oksida yang membina tisu otak dan otot. Ia juga membantu untuk memperkaya darah dalam badan. Superfood ini telah digunakan selama lebih 1000 tahun di dalam perubatan Cina.
Carnosine adalah gabungan asid amino, beta-alanine dan hisditine. Kelebihan Carnosine:
- Melindungi sel-sel dalam badan daripada radikal bebas yang merbahaya.
- Anti-penuaan. Sel-sel badan yang diberi Carnosine kelihatan lebih muda jika dibandingkan dengan sel-sel badan yang tidak diberi dengan Carnosine. Carnosine juga melindungi protein sel (cellular protein) daripada sebarang kerosakan.
- Meningkatkan daya ingatan. Memori lebih kuat. Mengurangkan risiko kepada nyanyuk dan mudah lupa.
- Membantu untuk menstabilkan emosi. Tidak mudah rasa tertekan dan mengurangkan rasa ingin marah.
- Menstabilkan sistem immunisasi badan. Carnosine menurunkan sistem immunisasi yang berlebihan. Dalam pada yang sama, Carnosine meningkatkan sistem immunisasi yang rendah. Seperti yang sering dialami oleh orang tua. This dual, regulatory ability of Carnosine makes it a vital tool for people with delicate immune systems, such as those with allergies and autoimmune conditions.
- Menurunkan paras gula dalam darah. Sesuai untuk pesakit kencing manis.
- Menyembuhkan luka dengan lebih cepat.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mengurangkan tekanan darah tinggi melalui pembukaan saluran darah.
- Carnosine adalah non-toxic dan sangat selamat untuk diambil.
Herba Maharani adalah 100% halal. Jadi, jangan risau untuk consume Herba Maharani.
Fungsi dan kelebihan Herba Maharani:
- Membaik pulih kesihatan dalaman wanita.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur / irregular period flow.
- Mengurangkan masalah ketidakselesaan semasa tempoh haid seperti senggugut / period pain.
- Mengurangkan masalah keputihan.
- Rawatan herba semulajadi (natural) untuk membantu kesuburan rahim wanita.
- Menguatkan dan mengecutkan otot-otot rahim dan sistem peranakan ketika berpantang.
- Melambatkan jangkamasa menopause.
- Membantu sistem organ dalam tubuh untuk berfungsi dengan baik.
- Menjadikan badan lebih kepada awet muda (anti-penuaan) dan lebih cantik.
- Membantu menegangkan dan memberi keanjalan pada kulit.
- Meningkatkan kadar metabolisme badan.
- Mengurangkan keletihan dan kelesuan pada badan. Badan menjadi kurang lemau dan lebih bertenaga.
Cara pengambilan Herba Maharani:
Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari. Mulakan makan Herba Maharani selepas 3-4 hari haid (period) sudah kering sepenuhnya. Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan. In case hendak ambil pada waktu malam pun boleh.
Ambil bersama air suam. Dilarang ambil bersama dengan air sejuk.
Herba Maharani mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba sebelum ini. Sebaik-baiknya mulakan dengan 10-15 biji terlebih dahulu. Jika badan rasa okay dan tidak panas, boleh tingkatkan jumlah pengambilan sehingga 20-25 biji untuk sehari.
Kerapkan pengambilan air kosong.
Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil Herba Maharani.
- Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari. Waktu sedang period jangan ambil Herba Maharani.
- Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari. Selepas habis sekotak, berhenti ambil Herba Maharani untuk bulan tersebut. Dan sambung semula pengambilan selepas habis period. Disarankan selepas period sudah kering selama 3-4 hari, baru mula ambil semula Herba Maharani.
- Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari. Selepas habis sekotak, berhenti ambil Herba Maharani untuk bulan tersebut. Dan sambung semula pengambilan selepas habis period. Disarankan selepas period sudah kering selama 3-4 hari, baru mula ambil semula Herba Maharani.
Sebulan (atau satu kitaran haid) amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, jika masih belum period, hentikan pengambilan Herba Maharani seketika sehingga period seterusnya datang. Selepas habis period (period sudah kering selama 3-4 hari), ulangi cara makan yang sama.
Pastikan setiap hari, jumlah pengambilan adalah sama. Jika ambil 10 biji sehari, amalkan 10 biji sehari. Jika ambil 20 biji sehari, amalkan 20 biji sehari sehingga habis sekotak. Consistent kan jumlah pengambilan untuk setiap hari.
Wanita mengandung dan ketika sedang period DILARANG SAMA SEKALI ambil Herba Maharani.
Untuk kesan yang lebih efektif, kurangkan pengambilan makanan sejuk, minuman sejuk dan berais ketika mengamalkan Herba Maharani. Pengambilan Herba Maharani akan membuatkan badan berasa hangat. Jadi, pengambilan makanan dan minuman sejuk akan mengurangkan kesan pengambilan Herba Maharani.
Sangat-sangat disarankan untuk anda kerap mengambil air kosong / air suam sepanjang pengambilan Herba Maharani untuk mengelakkan badan anda terasa kering dan you all terasa pening kepala.
Herba Maharani juga boleh diamalkan untuk wanita yang sedang berpantang dan menyusukan bayi. Pastikan darah nifas sudah betul-betul kering (sekurang-kurangnya selepas 3-4 hari darah nifas sudah kering sepenuhnya), sebelum memulakan pengambilan Herba Maharani. Badan tidak mudah masuk angin dan badan rasa suam-suam.
Untuk yang menyusukan bayi, jika bayi anda ada masalah jaundice / demam kuning, jangan mulakan pengambilan Herba Maharani lagi. Pastikan bayi sudah sihat sepenuhnya, untuk memulakan pengambilan Herba Maharani. Pengambilan Herba Maharani secara keseluruhannya tidak memberi kesan bayi anda.
Jika anda ada mengambil asid folik atau ubat subur yang lain, you all juga boleh makan Herba Maharani. Akan tetapi, disarankan agar anda ambil supplements dan Herba Maharani ini pada selang masa sekurang-kurangnya 4 jam. Seperti contoh, selepas anda ambil asid folik atau ubat subur yang lain, anda boleh ambil Herba Maharani selepas 4 jam berikutnya.
Untuk badan lebih selesa, anda boleh juga ambil supplements dan Herba Maharani secara selang sehari. Seperti contoh, hari ini ambil supplements, dan keesokan harinya, anda boleh ambil Herba Maharani pula. Dan lusa, amalkan supplements semula. Dan begitulah seterusnya.